Kesian my dear baby bloggie. Dah lama terabai. ** saja mahu menggedik. hikhik.
Cuti semesta sudah pun bermula seminggu yang lalu. Dalam tempoh seminggu dah banyak jugak lah aktiviti yang aku buat. Tapi tu semua tak termasuk lah dengan makan tidur semua. I mean benda yang jarang-jarang aku buat atau yang memang tak pernah aku buat.
Tanggal 12/10/2011 yang lalu aku telah melakar satu lagi memori dalam hidup aku dimana aku telah berjaya menduduki MUET untuk part speaking test. Alhamdulillah sangat-sangat sebab aku dapat satu group dengan Has. So tak ada lah gugup sangat rasanya dan rasanya aku dah buat yang terbaik. Thanks to pakcik Hashim sekeluarga sebab tumpangkan aku kat rumah mereka.
Pada sebelah petang pulak aku pergi 'melepak' dekat MPH. Di sana aku telah berjaya memborong dua buah novel karya buah hati aku dan yang paling penting novel-novel itu disponsor oleh Pn. Norhashimah bt Ismail. Tapi ku sanggka panas ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Aku memang tak bernasib baik kalau keluar sorang-sorang. Mesti ada je manusia-manusia yang tak behati perut mengambil kesempatan dekat insan yang lemah macam aku ni. Masuk kali ni entah berapa banyak lah duit aku terbang melayang. Sabar je lah. Kepada mereka diluar sana ingat!! Kalau ada orang mintak duit JANGAN BAGI!! Jangan cepat kesian dengan orang-orang yang korang tak kenal.
Benda dah jadi pun. Tak guna nak menyesal. Hidup kena diteruskan. Sekarang ni aku tengah berbahagia disamping novel-novel tersayang. Kepada supplier-supplier novel anda diminta untuk menghubungi saya secepat mungkin.
Sekian, terima kasih.
P/s : Bentuk penulisan aku pada kali ini berada 100% di bawah pengaruh novel. Just ignore it if you don't like it.