Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Tapi malam ni terasa seperti ingin menulis. Biar hilang segala beban-beban yang buat aku jadi bebal. Sekarang ni aku tengah menghadapi final exam untuk final sem. Dalam masa yang sama jugak aku baru je kehilangan seorang sahabat. Dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Arwah meninggal pada pukul 1.03 petang pada hari Rabu minggu ni. Masa tu jugak aku dengan yang lain-lain tengah ready nak pergi ambik first paper kitorang. Seriously semua orang rasa down giler bila dapat berita tu. Arwah dikebumikan petang tu jugak atas permintaan nenek dia. Hati mana yang tak luluh apabila si tua yang tak berdaya menatap sedih atas pemergian cucu dia. Aku ikut masa pengebumian arwah tapi aku tak sanggup nak tengok bia arwah dimasukkan ke dalam liang lahad. Hari Jumaat lepas Has datang Arau sebab dia tak sempat nak tengok arwah untuk kali terakhir dan tadi aku sempat pergi teman dia ke kubur. Masa tu aku kuat lagi. Kitorang sempat sedekahkan bacaan yassin dekat arwah. Alang-alang dah sampai dekat sana kitorang plan pergi rumah nenek arwah. Dekat sana seriously aku dah tak kuat. Satu family arwah pakat bercerita pasal dia. Siap tunjuk gambar lagi. Paling aku tak tahan bila ayah arwah non-stop bercerita pasal arwah sambil pegang gambar-gambar dia. Aku cuba untuk kuat, aku masih lagi boleh tersenyum. Kitorang singgah tak lama sebab Farah nak balik Alor Setar sebab ayah dia masuk wad. Masuk je dekat dalam kereta semua dah tak boleh tahan. Malam ni pulak Has dah kena balik KL. That's it ! Aku jadi double sedih. Petang tadi kitorang baru je have fun lepak dekat Tasik Melati. Ambik gambar bagai. Aku tak nak masa berlalu, aku tan nak ingat semua cerita yang sedih-sedih. Anggap macam keaadan normal je macam dulu-dulu. Hahaha tapi masalahnya aku ni duduk dekat planet bumi bukan duduk dekat planet pluto. Aku tak ada kuasa untuk freeze kan masa. Aku bukan Tuhan nak tentukan apa yang akan jadi. Janji Allah tu pasti. Segala yang hidup akan mati. So, aku kena redha, aku kena kuat. Banyak lagi benda yang aku kena settle. Masa depan aku pun tak tau lagi macam mana. Esok entah aku hidup lagi entah aku pun join arwah pergi ke alam sana. Sama-sama kita jadikan perkara ni sebagai pengajaran. Doakan supaya arwah tenang dekat sana.
Al-fatihah buat Afiq Naqiuddin.
Ni satu-satunya lagu yang ada dalam handphone arwah sebelum dia pergi. Dia seolah-olah dapat rasa yang dia hidup tak lamadekat dunia ni.